Saya orang Kuala Lumpur dan sejak dekad 90an lagi saya tertanya-tanya mengapa sistem tiket Star LRT, Putra LRT, Monorel dan Komuter berbeza. Hanya selepas pengenalan Touch ‘n Go dan tiga rel ringan diletakkan di bawah RapidKL ini berjaya dilakukan itupun selepas beberapa dekad beroperasi. Tetapi aneh sekali integrasi keempat-empat tidak diintegrasikan di bawah My50.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan integrasi My50 antara LRT, MRT, Monorel dan Komuter (KTMB) adalah sukar kerana perbezaan operator, sistem operasi serta kos. Prasarana mengendalikan LRT, MRT dan Monorel di dalam rangkaian bandar. Sementara itu. KTMB mengendalikan Komuter untuk perjalanan lebih jauh dan merentas negeri.
Jarak perjalanan lebih panjang meningkatkan kos operasi sekaligus menyukarkan integrasi penuh My50 ke semua perkhidmatan rel. Walaupun milik kerajaan, Prasarana dan KTMB tetap perlu menampung sebahagian kos untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan. Jadi sekiranya anda sebelum ini tertanya-tanya mengapa Komuter tidak disokong oleh My50, inilah jawapannya.

