Menteri Minyak Iran Letak Jawatan

WorldPolitics
5 Oct 2026 • 8:54 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Menteri Minyak Iran Letak Jawatan

ISTANBUL, 5 Okt (Bernama-Anadolu) -- Menteri Minyak Iran Mohsen Paknejad telah meletak jawatan dan Hamid Bovard dilantik memangku jawatan itu, lapor agensi berita Tasnim pada Ahad dengan memetik seorang pegawai presiden, menurut Anadolu Ajansi.

Timbalan Ketua Komunikasi Pejabat Presiden Iran Mehdi Tabatabaei berkata Presiden Masoud Pezeshkian telah menerima peletakan jawatan Paknejad.

Menurut Tabatabaei, Bovard akan mengendalikan hal ehwal kementerian berkenaan.

Tiada sebab diberikan berhubung peletakan jawatan Paknejad, yang berlaku ketika Iran berdepan sekatan Amerika Syarikat (AS) yang belum pernah berlaku sebelum ini, khususnya yang menyasarkan sektor minyak negara itu.

Bovard sebelum ini berkhidmat sebagai ketua Syarikat Minyak Nasional Iran (NIOC) milik kerajaan dan menghabiskan sebahagian besar kerjayanya dalam operasi medan minyak.

Baca juga:

Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent pada Sabtu berkata Iran tidak lagi mempunyai penghantaran minyak di laut dan tidak akan memperoleh sebarang hasil minyak minggu ini.

Pada 25 Ogos, Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan pelancaran "Operasi Economic Outcast", satu kempen meluas yang bertujuan mengasingkan Iran sepenuhnya daripada sistem kewangan global.

AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Feb. Tehran bertindak balas dengan serangan peluru berpandu dan dron di seluruh rantau itu serta menutup Selat Hormuz secara berkesan, laluan strategik bagi bekalan tenaga. Tentera AS kemudiannya mengenakan sekatan tentera laut ke atas pelabuhan Iran.

Usaha untuk menamatkan perang itu diteruskan sejak perjanjian rangka kerja pada Jun yang bertujuan membuka jalan kepada perjanjian damai muktamad meliputi pelayaran melalui laluan air strategik itu dan program nuklear Iran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved