Bukan lakonan! Loke tegas pendirian letak jawatan -“Beliau pulang, saya pergi!”

LocalPolitics
4 Oct 2026 • 4:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan beliau tidak akan berdolak-dalik dengan keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani tahanan rumah.

Kekal dengan pendirian

Menurut Loke menerusi laporan The Straits Times, penetapan tarikh peletakan jawatannya yang akan berkuat kuasa selepas Najib menjelaskan denda RM50 juta telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menyerahkan surat peletakan jawatan.

“Sudah tentu ada pihak mendakwa ini sekadar lakonan, tindakan politik dan sebagainya.
“Namun saya tetap berpegang pada pendirian ini, sebaik sahaja beliau (Najib) pulang ke rumah, saya mesti berundur.
“Saya tidak akan berdolak-dalik. Beliau pulang, saya pergi,” katanya dalam wawancara bersama The Straits Times.
Image from: Bukan lakonan! Loke tegas pendirian letak jawatan -“Beliau pulang, saya pergi!”

Foto: The Straits Times

Najib pulang, Loke keluar kabinet

Pada 19 September lalu, Loke mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai tindak balas DAP terhadap keputusan tahanan rumah terhadap Najib.

Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar pada 28 September, namun penjelasan mengenai syarat peletakan jawatan itu kemudiannya mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Dalam wawancara tersebut juga, Loke mengakui sokongan kuat pengundi Cina terhadap DAP masih belum mencukupi untuk membolehkan parti itu membentuk Kerajaan Persekutuan secara bersendirian.

“Kami tahu situasi ini kadang-kadang menyulitkan, namun itulah hakikat politik Malaysia.
“DAP tidak boleh membentuk kerajaan secara bersendiri tanpa bekerjasama dengan parti lain.
“Ini hakikat yang perlu kita terima, kita hanya boleh berusaha sejauh mungkin, bergantung pada hujah yang objektif dan meyakinkan untuk mencapai sesuatu dalam sistem,” katanya.

Beliau turut menegaskan DAP tidak menutup pintu kepada mana-mana parti untuk bekerjasama selepas PRU16, termasuk PAS, UMNO dan BERSATU, selagi ia bersesuaian dengan keadaan serta kepentingan negara.

“Saya tidak menutup pintu kepada sesiapa. Saya memegang prinsip bahawa politik kini perlu bersifat anjal.
“Sudah tentu ia bukan tanpa prinsip atau prasyarat kerana ia bergantung kepada keadaan dan apa yang terbaik untuk negara bergerak ke hadapan,” katanya.
Image from: Bukan lakonan! Loke tegas pendirian letak jawatan -“Beliau pulang, saya pergi!”

Foto: CNA

Sumber: The Straits Time

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved