Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian parti itu yang menolak sekeras-kerasnya tindakan hidang minuman beralkohol dalam mana-mana majlis rasmi kerajaan. Memetil laporan daripada Sinar Harian, beliau menyifatkan perkara tersebut sebagai tidak wajar dan bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Timbalan Perdana Menteri itu turut memaklumkan isu berkenaan akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri bagi menyatakan pendirian UMNO terhadap tindakan tersebut. Artikel lain: Menteri MOTAC jawab isu hidang alkohol, tegaskan majlis bukan anjuran kerajaan Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan bahawa majlis makan malam yang menjadi isu bukan anjuran kerajaan, sebaliknya inisiatif pihak industri dan sektor swasta. Beliau berkata, Tourism Malaysia hanya menyelaras persembahan seni serta pelancaran Kalendar Acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), manakala penyediaan makanan dan minuman bukan di bawah tanggungjawab mereka. Tambah Tiong, acara Global Travel Meet anjuran Tourism Malaysia telah berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta, dan pihak swasta mengambil peluang menaja serta meraikan tetamu antarabangsa melalui majlis makan malam tersebut.Tindakan hidang alkohol tak wajar
“Tentunya kita harus menolak dan kita mesti tidak bersetuju dengan program berkenaan.
“Malaysia adalah negara Islam, biarpun kita menghormati agama, budaya dan kelaziman lain-lain agama. Tetapi ini merupakan acara kerajaan,” katanya.

Tindakan hidang alkohol di majlis kerajaan akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri
“Sebagai Presiden UMNO, kita menolak 100 peratus cadangan itu.
Acara seperti ini tidak pernah diadakan dalam mana-mana program rasmi kerajaan sebelum ini dan ia perlu ditolak,” tegasnya satu majlis di Larkin, Johor.

Menteri MOTAC nafi majlis anjuran kerajaan

