Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek mampu membawa perubahan

Opinion
2 May 2023 • 4:07 PM MYT
R.S. Naidu
R.S. Naidu

An educator who loves to write.

image is not available
Masalah beg berat harus ditangani sengan segera. Gambar ehsan: NST

Difahamkan Menteri Pendidikan Malaysia YB Fadhlina Sidek, mempunyai kredibiliti dan akauntabiliti dalam mendidik serta memacu masa depan para pelajar sekolah rendah dan menengah selaras dengan aspirasi negara.  Sebelum memulakan kerjaya politiknya, Fadhlina adalah seorang aktivis dan peguam yang pakar dalam undang-undang keluarga Islam dan kebajikan kanak-kanak (Introducing our Minister of Education - StudyMalaysia.com). Beliau yang juga mempunyai firma undang-undang sendiri, Tetuan Fadhila & Associates ingin menggunakan pengalaman luasnya untuk mengenal pasti dan menangani isu-isu utama di Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki sistem pendidikan negara. Ini amat dialu-alukan oleh semua warga pendidikan. 

namun, sebelum beliau melestarikan aspirasi demi negara, pembentukan pasukan petugas perlu diberi keutamaan bagi memantau cabaran-cabaran yang masih membelenggu diri para pelajar dan guru. Ini adalah amat penting agar pelbagai aspek yang disuarakan oleh para guru dan ibu bapa mendapat perhatian sewajarnya, bahkan diperhalusi menerusi tampuk kepimpinan beliau. 

Sebagai contoh, isu beg berat dalam kalangan murid sekolah rendah yang dilihat kritikal telah mendatangkan kebimbangan. Isu berkaitan beg berat murid telah berlarutan sekian lama dan Kementerian Pendidikan Malaysia di percayai telah menjalankan tiga kajian utama pada tahun 1994, 2008 dan 2017 file (moe.gov.my) dan telah memerincikan 7 strategi menangani masalah ini. Stategi yang dikenal pasti itu mestilah di lancarkan dengan segara. 

Selain itu, isu tentang nisbah subjek pelajar di dalam kelas, dan peruntukan masa yang tidak mencukupi untuk subjek kritikal seperti matematik juga telah dipertengahkan oleh guru dan ibubapa. Sama juga dengan isu bilik darjah yang mempunyai terlalu ramai pelajar; pada masa ini, dengan lebih banyak pembangunan perumahan dan perbandaran, serta kepadatan penduduk yang semakin meningkat dalam persekitaran bandar, kesesakan di sekolah menjadi lebih teruk dan merupakan ciri biasa yang mempunyai akibat serius kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran.Isu berkaitan beg berat murid merupakan isu yang telah berlarutan sekian lama. 

Secara realistik, akan menjadi cabaran besar bagi Kementerian Pendidikan untuk membuat perubahan besar dalam jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, kita boleh mulakan proses dengan menangani isu-isu kecil terlebih dahulu sebagai permulaan untuk memberikan keyakinan pada rakyat Malaysia. 


R.S. Naidu adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.