‘Support Local!’ Netizen Terharu Lihat Menteri Pendidikan Guna Handbag Buatan Sarawak

23 Apr 2023 • 11:56 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Handbag lawa, YB. Kraftangan dari Sarawak,” – netizen

‘Support Local!’ Netizen Terharu Lihat Menteri Pendidikan Guna Handbag Buatan Sarawak. Sarawak terkenal dengan kraftangan yang cantik yang terdiri daripada barang kemas dan juga beg tangan.

Nampaknya hasil kraftangan Sarawak bukan sahaja dikagumi oleh warga Sarawak dan pelancong, Menteri Pendidikan Malaysia juga dilihat menggunakan beg tangan buatan Sarawak, malah ke majlis rasmi!

image is not available
‘Support Local!’ Netizen Terharu Lihat Menteri Pendidikan Guna Handbag Buatan Sarawak

Menghadiri Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek telah berkongsi video beliau dan keluarga menghadiri Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara menerusi TikTok rasmi beliau.

Menghadiri majlis terbabit dengan berpakaian cantik berwarna merah maroon (dan keluarganya turut sedondon juga!), netizen turut perasan sesuatu yang menarik dipakainya.

Daripada beg tangan berjenama, YB Fadhlina memilih untuk menggunakan beg tangan buatan Sarawak – yang juga sepadan dengan pakaian mereka!

Netizen turut memuji beliau kerana menggunakan beg tangan buatan tempatan, dengan YB Fadhlina sendiri menyatakan ia adalah salah satu cara untuk menyokong produk buatan Malaysia.

image is not available
Kredit: TikTok

Anda boleh lihat video sepenuhnya di bawah:

@fadhlinasidek

Alhamdulillah berkesempatan menghadiri Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara bersama suami dan anak-anak. #istananegara #agongkita #eidmubarak

♬ Suasana Hari Raya (Acoustic) – Cempaka Remic

Cantiknya handbag! Sedondon lagi tu dengan pakaian mereka sekeluarga

Lagi di sini: