Menteri Perpaduan Sahkan Penjual Jagung Bakar Kontroversi Sudah Mohon Maaf

Entertainment
17 Feb 2025 • 11:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan peniaga gerai jagung bakar meletakkan notis berbaur perkauman di hadapan gerai.

Notis yang ditulis dengan tangan itu menyatakan jagung itu tidak dijual kepada kaum India dengan menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya serta menghina kaum tersebut.

image is not available

Menurut laporan Astro AWANI, insiden itu difahamkan berlaku di Kota Warisan, Sepang dan ia menjadi tular selepas seorang wanita berbangsa India merakam tindakan peniaga tersebut.

Pun begitu, difahakamkan peniaga tersebut sudah pun membuat permohonan maaf dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menerusi hantaran di X berkata, peniaga itu juga telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan pada masa akan datang.

“Pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) iaitu Encik Roseman dan Encik Syawal telah menjadi orang tengah dalam menyelesaikan polemik ini.

Peranan mereka dalam menyelesaikan polemik ini turut memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap peranan KRT sebagai agen perpaduan dan penyelesaian masalah.

Ini juga menekankan pentingnya kerjasama antara pemimpin komuniti dan pihak berkuasa untuk memastikan suasana yang harmoni dan aman terpelihara,” tulisnya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa perpaduan negara hanya dapat dicapai jika setiap individu mengamalkan nilai saling memahami, menghormati, dan menerima perbezaan.

Sumber: Astro AWANI, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.