Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Negeri Republik Argentina

20 Mar 2024 • 10:03 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Negeri Republik Argentina

KUALA LUMPUR, 19 MAC 2024 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Republik Argentina, Puan Yang Terutama Diana Mondino, di pejabatnya di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), pada semalam.

Pertemuan sulung kedua-dua pemimpin ini bagi membincangkan kerjasama antara Malaysia dan Argentina dalam perdagangan dua hala, persijilan halal serta sektor penternakan dan pertanian.

image is not available

Mohamad semasa sesi pertemuan mengalu-alukan kerjasama teknikal dalam bidang penyelidikan dan pemodenan pertanian. Beliau turut menekankan potensi beberapa produk Malaysia untuk dieksport ke Argentina seperti produk nilai tambah haiwan dan makanan haiwan ini termasuk makanan haiwan berasaskan protein serangga yang diproses.

image is not available

Semasa pertemuan tersebut yang turut dihadiri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pihaknya juga menawarkan bantuan latihan dan konsultasi kepada badan pensijilan halal di Argentina dalam pematuhan standard halal Malaysia, bagi melancarkan proses permohonan pengiktirafan halal JAKIM. Di samping itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyatakan hasrat untuk memperbaharui kerjasama sedia ada antara MARDI dan Institut Teknologi Pertanian dan Ternakan Negara, Argentina (INTA) melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada bulan Oktober 2019 dan akan tamat pada Oktober tahun ini. Mondino menyambut baik makluman tersebut dan menyatakan bahawa terdapat banyak lagi potensi kerjasama yang boleh diterokai melalui MoU antara kedua-dua pihak.

image is not available

Mohamad turut mengundang Mondino ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada September serta mempelawa penyertaan pihak Argentina dalam acara dwi-tahunan tersebut.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Dr. Akma Ngah Hamid; Ketua Pengarah MARDI, Dato’ Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Pengarah Bahagian Jabatan Pertanian (DOA), Pegawai Kanan Jabatan/Agensi dibawah KPKM serta pegawai daripada Kementerian Luar Negeri (KLN)