Menteri : Syarikat Telekomunikasi Disaran Teroka Teknologi Satelit Ke Peranti Menjelang 2025

TechnologyDigital
5 Dec 2023 • 10:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam usaha memastikan seluruh negara mempunyai akses 4G menyeluruh, kini Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil  berharap agar syarikat telekomunikasi meneroka penggunaan teknologi satelit ke peranti. Pada hari ini, sekitar 2.7% masih tidak diliputi akses 4G disebabkan pelbagai kekangan, dan dengan penggunaan teknologi satelit, ia dijangka akan diatasi.

Menteri berharap agar teknologi seumpamanya dapat diguna-pakai menjelang 2025 kelak. Dengan langkah ini, syarikat telekomunikasi boleh memastikan pengguna menerima liputan walaupun berada dimana-mana lokasi seluruh negara.

image is not available

Menteri berkongsi hal ini, dan turut menyatakan penggunaan liputan terus dari satelit merupakan salah satu fokus pihak KKD bergerak ke hadapan.

Perkongsian ini hadir selari dengan pergerakkan industri telekomunikasi ke arah tersebut. Beberapa syarikat pengeluar peranti telah mula mengintegrasikan sokongan komunikasi satelit untuk kecemasan pada hari ini. Disamping itu, Starlink sendiri sebelum ini telah menyatakan akan menawarkan sokongan permesejan pada 2024, dan sokongan panggilan suara dan data melalui satelit menjelang 2025 kelak – salah satu garis masa yang turut dilihat disasarkan oleh pihak kerajaan.