Menteri : Syarikat Yang Dipilih Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Kedua Akan Diumumkan Dalam Beberapa Minggu Lagi

TechnologyDigital
4 Sep 2024 • 10:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini memaklumkan yang mana syarikat atau pengendali yang terpilih untuk membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Buat masa ini, proses berkenaan dalam fasa minggu terakhir, sebelum SKMM memuktamadkan penelitian berkenaan dengan proses tender tersebut.

image is not available

Syarikat pengendali terpilih akan bertanggungjawab dalam pembangunan rangkaian 5G kedua negara, dan perlu menawarkan perkhidmatan yang tidak lebih mahal berbanding apa yang ditawarkan oleh DNB. Selain itu, mutu perkhidmatan dan penawaran juga perlu setara dan sebaik yang disediakan oleh DNB, atau lebih baik daripadanya.

Sebelum ini, sebanyak empat syarikat telah menghantar bidaan masing-masing dalam pembangunan rangkaian 5G kedua negara, termasuk CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia dan juga U Mobile.