Menteri, timbalan menteri tunai tanggungjawab mengundi pada PRN Johor

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 10:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Menteri, timbalan menteri tunai tanggungjawab mengundi pada PRN Johor
Noraini merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong mengundi bagi DUN N17 Semerah pada PRN Johor ke-16 di Pusat Mengundi SMK Datuk Onn Peserai. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Beberapa menteri dan timbalan menteri selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pagi Sabtu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjadi antara pemimpin terawal selesai mengundi apabila menunaikan tanggungjawabnya pada 8.15 pagi di Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar, Pengerang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula selesai mengundi pada 8.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Rinting 1, Masai di sini. 

Turut menunaikan tanggungjawab pada sebelah pagi ialah Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Batu Pahat pada 8.50 pagi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan selesai mengundi pada 8.40 pagi di Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Benut.

Sebanyak 1,076 pusat mengundi membabitkan 4,889 saluran bagi PRN Johor dibuka serentak bermula 8 pagi ini, bagi membolehkan rakyat negeri itu memilih kerajaan baharu untuk penggal akan datang.

Proses pengundian yang melibatkan 2.7 juta pemilih berdaftar itu dijadualkan berlangsung hingga 6 petang ini, selepas berakhirnya tempoh berkempen selama 14 hari pada tengah malam tadi. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved