PRN Johor: Pemimpin parti antara terawal mengundi

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 10:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Pemimpin parti antara terawal mengundi
Dr Zaliha (kiri) bersama suami, Dr Ahmad Adzlan Musa selesai mengundi di Pusat Mengundi SMK Bandar Baru Uda bagi DUN Larkin sempena PRN Johor ke-16. Foto Bernama
Image from: PRN Johor: Pemimpin parti antara terawal mengundi
Nie Ching mengundi bagi PRN Johor ke-16 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai Besar. Foto Bernama
Image from: PRN Johor: Pemimpin parti antara terawal mengundi
Muhyiddin dan isteri selesai mengundi bagi DUN N15 Maharani pada PRN Johor ke-16 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar pada Sabtu. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Beberapa pemimpin utama parti politik selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, pada Sabtu.

Antara yang terawal mengundi ialah Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, yang mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda di sini pada 9 pagi.

Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir ditemani suami, Dr Ahmad Adzlan Musa bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

"Saya berharap rakyat Johor mengambil inisiatif untuk keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan cuaca hujan yang dijangka berlaku pada tengah hari hingga petang,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai Besar, Kulai, kira-kira 9.30 pagi.

**media[3578528]**

Dalam pada itu, Nie Ching mengingatkan orang ramai khususnya pengundi supaya tidak mudah terperdaya dengan berita palsu.

"Jadilah netizen dan pengundi yang celik digital, supaya kita dapat menggunakan kuasa sebagai pengundi dengan bijaksana," katanya.

Sementara itu di Muar, Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan selesai mengundi di SJKC Limbong, kira-kira 10.25 pagi, meskipun hujan melanda kawasan pusat mengundi itu sejak awal pagi.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu, turut meluangkan masa beramah mesra dan menyapa sebilangan pengundi DUN Sungai Balang yang sedang menunggu giliran sebelum memasuki saluran mengundi.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di SMK Sri Muar kira-kira 10.15 pagi.

**media[3578525]**

Bekas Perdana Menteri itu yang hadir bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, mengundi bagi DUN Maharani.

Dalam masa sama, Muhyiddin menggesa rakyat yang belum menunaikan tanggungjawab supaya tetap keluar mengundi walaupun cuaca kurang mengizinkan.

"Apa yang penting, pengundi dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing dan selepas proses ini selesai, Johor akan mempunyai sebuah kerajaan negeri yang baharu," katanya. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved