Di bulan Ramadan, tidak lengkap tanpa kunjungan ke bazar Ramadan. Di bazar Ramadanlah bermacam-macam kuih muih dan lauk pauk yang jarang ditemui dijual.
Walaupun beberapa laporan menyatakan kenaikan harga barangan di beberapa bazar, namun orang ramai tidak putus-putus berkunjung ke bazar Ramadan terdekat.
Sebelum ini juga, netizen mengingatkan kepada para peniaga bazar Ramadan supaya berniaga dengan ikhlas dan jujur.
Seperti berlaku saban tahun, pelbagai rungutan dan keluhan pembeli mengenai sikap peniaga yang dilihat hanya memikirkan keuntungan.
Seperti perkongsian lelaki ini, dia membeli 10 batang pulut panggang yang berharga RM13 di sebuah bazar. Namun, apabila membuka balutan pulut panggang tersebut kelihatan pulut panggang tersebut seperti hangus.
alkisah 1 ramadhan .. tak tahu la nk gelak ke nk nangis .. dah mcm kayu #kongsibersama #ramadhan2024 #puasa #fyp #berbukapuasa
Dia kemudiannya cuba mengetuk pulut panggang itu ke pinggan. Bunyi ketukan di pinggan tersebut membuktikan pulut panggang tersebut tidak dibuat pada hari kejadian. Berkemungkinan pulut panggang tersebut sudah dipanggang atau dibakar berkali-kali.
Sementara itu diruangan komen, ramai yang menyatakan sikap peniaga demikian membuatkan mereka mengambil keputusan tidak mahu ke bazar Ramadan lagi.
Sumber: Kanda Republik
The post ‘Menu 2024, pulut kayu pallet panggang’ – Pembeli kecewa pulut panggang dibeli di bazar hangus & keras appeared first on The Reporter.




