Menu Rahmah Serendah RM2 Dalam ‘Vending Machine’, Bantu Jana Pendapatan B40

Entertainment
28 Feb 2023 • 12:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini telah tular sebuah ciapan, memaparkan sebuah mesin layan diri (vending machine) yang menawarkan makanan dengan harga RM2 untuk sarapan pagi dan hidangan tengah hari dengan harga rahmah RM5.

Menu Rahmah yang ditawarkan melalui vending machine ini adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 menjana pendapatan mereka dengan mudah.

Melalui ciapan tersebut, dapat dilihat mesin layan diri yang telah ditempatkan di LRT Cempaka laluan Ampang telah dipenuhi dengan makanan yang dijual oleh peserta Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Apa yang menarik adalah kerajaan memberi jaminan akan menanggung sewa mesin serta tapak niaga selama dua tahun untuk peniaga-peniaga yang berminat.

Inisiatif ini sebenarnya digerakkan oleh Kementerian Ekonomi di bawah Insiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Dapat maklum balas positif!

image is not available

Menurut laporan Berita Harian, salah seorang peserta program IPR, Fatin Afifah Alias berkata, dia telah berjaya menjual sebanyak 120 pek nasi lemak pada hari pertama program tersebut.

Tambah Fatin, inisiatif itu telah membantunya untuk menjalankan perniagaan dengan mudah kerana dia akan mendapat notifikasi melalui aplikasi yang digunakan jika bekalan makanan di dalam mesin telah habis.

“Dengan adanya aplikasi ini, saya tidak perlu berada di stesen LRT terlalu lama. Saya cuma akan datang untuk menambah pek makanan yang habis dan meletakkan makanan tengahari,” katanya.

Netizen teruja!

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja dengan inisiatif yang diwujudkan. Walaubagaimanapun, ada juga yang meminta kerajaan untuk mengetatkan kawalan kualiti dan kebersihan makanan yang akan disediakan oleh peniaga.

image is not available

Bagus juga senang lepasni untuk sesiapa yang nak cuba berniaga guna vending machine..

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.