Menyamar Jadi Pelajar Sekolah, Seo Kangjoon Dilamar Terajui Drama Komedi ‘Undercover High School’

6 Mar 2024 • 2:12 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Selepas selesai menjalani khidmat tentera pada Mei tahun lalu, pasti ramai yang menantikan drama Seo Kang-joon yang seterusnya.

Terbaru pada 6 Mac, agensi mengumumkan bahawa Seo Kang-joon telah menerima tawaran untuk terajui drama baru berjudul “Undercover High School” dan sedang menelitinya secara positif kini.

Untuk pengetahuan, “Undercover High School” adalah drama komedi yang berkisarkan tentang seorang pelajar lelaki sekolah menengah yang menyembunyikan identitinya sebagai ejen Perkhidmatan Perisikan Negara.

Sepanjang misi penyamarannya, dia mula membesar untuk belajar banyak perkara, menjalinkan ikatan persahabatan dan mempunyai empati.

image is not available

Jika Seo Kang-joon menerima tawaran ini, ia akan menjadi drama pertamanya selepas menamatkan khidmat ketenteraan.

Sama-sama kita tunggu Seo Kang-joon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.