Shin Hyesun & Lee Jinwook Dilamar Terajui Drama Romantik ‘To My Harry’

Movie
20 Feb 2024 • 1:09 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Adakah Shin Hye-sun dan Lee Jin-wook bakal bergandingan tak lama lagi?

Menurut laporan dalam industri sebelum ini, pelakon wanita itu bakal menerajui drama “To My Harry” dengan watak seorang wartawan bernama Joo Eun-ho.

Ianya membawa kisah protagonis yang memiliki masalah personaliti disosiatif dek sedih melampau selepas kehilangan adik kesayangan dan ditinggalkan kekasih hati. “To My Harry” akan menggambarkan manusia yang dilawati perasaan sakit dan menderita pada saban hari.

image is not available

Terbaru, media melaporkan bahawa Lee Jin-wook bakal menggalas tanggungjawab untuk membawa watak hero bagi drama ini. Disebabkan itu, ramai meletakkan jangkaan yang tinggi buat “To My Harry” memandangkan ia merupakan naskhah romantik buat pelakon lelaki itu setelah sekian lama.

Nantikan maklumat rasmi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.