Menyamar Jadi Pelatih Akademi Perikanan, 12 Warga Bangladesh Ditahan Di KLIA

LocalPolitics
25 Jan 2025 • 2:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua belas orang warganegara Bangladesh telah ditahan oleh pihak Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas mereka didapati menyamar menjadi pelatih Akademi Perikanan Malaysia untuk masuk ke negara ini.

Memetik laporan Sinar Harian, kesemua mereka pada mulanya dilihat memakai t-shirt seragam yang tertera perkataan ‘training’ pada bahagian depan baju tersebut.

Kedua-dua belas warga Bangladesh itu mendakwa mereka datang ke Malaysia untuk lawatan sambil pelajar sebagai pelatih di akademi terbabit.

image is not available

Menurut Ibrahim Mohd Yusof iaitu Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia KLIA, kononnya sebagai bukti, mereka kemudiannya menunjukkan surat jemputan daripada sebuah syarikat di Kuching, Sarawak.

Walau bagaimanapun, mereka kesemuanya dirujuk ke Pejabat Operasi Imigresen kerana bertindak mencurigakan.

Surat jemputan yang ditunjukkan oleh mereka kemudiannya didapati bahawa ia sebenarnya palsu dan tidak wujud.

Kesemua mereka kemudiannya telah ditahan oleh anggota imigresen yang bertugas di KLIA dan Notis Penolakan Masuk juga dikeluarkan kepada kesemua warga Bangladesh itu.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.