Menyamar pembeli sebelum larikan telefon bimbit

LocalPolitics
27 Oct 2024 • 10:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Semakan CCTV mendapati suspek menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru menggunakan nombor pendaftaran palsu.

SEPANG - Dua individu menyamar sebagai pembeli sebelum melarikan telefon bimbit milik seorang wanita di sebuah pusat beli-belah di sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat mangsa kira-kira jam 10.04 malam.

"Semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi mendapati kejadian itu melibatkan dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita.

"Kejadian berlaku ketika mangsa menjalankan urus niaga dengan dua suspek terbabit sebelum suspek bertindak melarikan telefon bimbit berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, semakan CCTV turut mendapati suspek terlibat menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru.

"Siasatan mendapati motosikal itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Setakat ini, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu video memaparkan kejadian dua individu menunggang sebuah motosikal sebelum mencuri telefon bimbit seorang wanita.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved