“Menyempat ya” – Netizen Terkedu Lihat Jemaah Haji Indonesia Didakwa Jual Rojak Di Tanah Suci

Entertainment
18 Jun 2024 • 4:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, ramai umat Islam kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan salah satu rukun Islam iaitu haji.

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial TikTok di mana beberapa orang jemaah haji yang dipercayai berasal dari Indonesia ‘mengambil peluang’ meniaga rojak di tanah suci.

@halobangkalanDikala jemaah haji beristirahat sesudah melaksanakan rukun haji,salah satu jemaah haji asal Madura berjualan rujak dipinggir jalan raya. Dimana ada keramaian orang disitu lah otak berpikir untuk menghasilkan uang itu orang madura♬ suara asli – Halo Bangkalan


Dalam video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @halobangkalan itu kelihatan beberapa jemaah haji bertindak menjual rojak di tepi jalan siap dengan peralatan seperti cobek dan bekas-bekas bungkusan.

Tindakan para jemaah itu mengundang reaksi negatif netizen, rata-rata merasakan kelakuan itu tidak sopan dan bercanggah dengan tujuan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih sejuta tontonan serta lebih 1K komen di TikTok.

Semoga dapat haji yang mabrur…

Sumber:TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.