“Menyirap Je Abang Belakang” – Sempat Menari Masa ‘Que’ Di Deen Maju, Leona Buat Pelanggan Tak Selesa?

Entertainment
9 Jan 2023 • 2:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, anak kepada pelakon popular, Azhar Sulaiman iaitu Karis Iris Leona sering kali menjadi bualan ramai dan kali ini, sekali lagi namanya jadi topik utama netizen.

Melalui satu hantaran video yang dimuat naik oleh Leona di laman TikToknya, kelihatan gadis terbabit lincah menari semasa sedang beratur menunggu giliran di sebuah restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang.

Biarpun niat hanya mahu berkongsikan video menari, tetapi lain pula yang menjadi bualan netizen apabila kelihatan seorang lelaki yang sedang beratur di belakang Leona kelihatan ‘kekok’.

Bahkan, ‘abang’ berkenaan cuba sedaya upaya untuk menundukkan pandangannya setelah gadis tersebut sakan menari di kawasan terbabit.

image is not available

image is not available

Sekadar info, Leona sering menjadi bahan kecaman netizen kerana selalu menari lincah di laman media sosialnya sambil berpakaian menjolok mata hingga membuatkan netizen berasa ‘sakit mata’ melihatnya.

image is not available 1 bulan lalu

"Kau Nak Tunjuk Apa Sebenarnya?" - Kongsi Gambar Nampak Payudara, Leona Dilabel Makin Liar Sejak Duduk London