“Menyusahkan” – Netizen Mengeluh ‘Roadblock’ Dekat Highyway Sg Besi, 4 Lane Dijadikan 1

Entertainment
1 Aug 2024 • 5:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini terdapat satu sekatan jalan raya dibuat di kawasan plaza tol Sungai Besi menuju ke arah Selatan dan gambar sekatan itu kini tular di media sosial.

Ia menjadi perhatian netizen kerana kesemua 4 barisan dijadikan satu sahaja dan ia telah menyebabkan laluan begitu sesak dan aliran trafik begitu perlahan.

Menerusi foto sumber dari platform media sosial X, foto tersebut diambil pada Isnin lepas (29 Julai 2024).

“Tol Sungai Besi menghala selatan malam tadi. Benda boleh buat 4 tapi buat 1 line. Macam tu jelah sampai kesudah.”

Ia mengundang pelbagai jenis keluhan daripada rakyat Malaysia yang terpaksa menghadap kesesakan ini. Bahkan ada juga yang tertanya-tanya mengapa cara berkenaan dipraktikkan sehingga kini, sebab ada yang membandingkannya dengan cara luar negara.

Selain itu, ia juga membangkitkan rasa kebimbangan netizen kerana mungkin ada yang dalam keadaan kecemasan tetapi tersekat dalam kesesakan itu.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Hurm, mungkin ada sebab tersendiri kenapa ia dibuat begitu, harap ada yang tampil memberikan penjelasan kenapa?

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.