“Menyusahkan orang lain” – [VIDEO] Nak Potong Barisan Punya Pasal, Lori Tersangkut Kabel Sampai Tiang Elektrik Tumbang

Entertainment
20 Aug 2022 • 2:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam kesesakan lalu lintas, kesabaran adalah kunci utama untuk menempuhnya. Bersabar sehingga tiba masa kita untuk bergerak adalah lebih baik daripada menyusahkan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Ada sebuah video yang mendapat kecaman netizen di mana sebuah lori telah tersangkut pada kabel sehingga menyebabkan tiang elektrik tumbang.

Semua itu berlaku gara-gara pemandu lori itu nak potong barisan dalam kesesakan lalu lintas. Korang boleh tengok kejadian dalam video yang dikongsikan menerusi akaun Twitter jllmisai ini.

Menyusahkan orang lain

Entah apa lah yang dikejarkan oleh pemandu lori tu sampai nak potong barisan dari tepi. Penyudahnya bukan jadi makin cepat, namun sebaliknya apabila menjadi semakin lambat dan menyusahkan pengguna jalan raya lain.

image is not available

Itu lah, min pun rasa dia akan blah macam tu je kalau dah lepas dari kabel yang sangkut tu. Tiang dah tumbang ni habis menyusahkan orang lain tak boleh lalu jalan tu.

image is not available

Min pun geram gak tengok perangai driver lori tu. Dari nak cepat potong barisan, habis terlambat sebab kabel sangkut. Orang lain pun jadi mangsa terlambat gak.

image is not available

Itu lah, tak ada penyakit, cari penyakit. Nasib baik tiang tu tumbang tak kena kereta siapa-siapa. Kalau tak lagi jenuh dia nak menjawab.

image is not available

Kesabaran itu mahal. Min setuju sangat dengan ayat tu. Kalau sabar dan tunggu je giliran dalam barisan, tak adanya sampai jadi macam tu kan.

Harap semua pemandu yang tersangkut dalam kesesakan kerana tiang elektrik ini tumbang dapat bersabar ketika kejadian.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.