“Meracau, berhalusinasi” – Bonda Rozita Kongsi Didakwa Kesan Buruk V*pe ‘Magic M*shroom’ Terhadap Remaja

Entertainment
10 Sep 2024 • 5:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Remaja kini lebih terdedah dengan pelbagai informasi serta sumber untuk mendapatkan barang terlarang.

Antara yang paling merisaukan ialah perisa atau flavour rokok elektronik yang bercampur dengan dadah.

Terbaru, usahawan kosmetik Bonda Rozita berkongsi pengalamannya bertemu dengan salah seorang pengguna dadah jenis magic mushroom yang terkesan dengan begitu teruk sehingga menyebabkan halusinasi serta keracauan.

“Bonda di Kedah dari 5hb Sept ziarah asnaf, anak yatim , pusat pemulihan akhlak akibat dadah Ustaz Fakhrurazi.

Anak-anak muda tolong jangan hisap vape, rokok dan dadah, ia racun wahai anak-anak muda.
Merosak otak, hancur badan, susah di masa kedepan gelap, bertaubatlah,” tulisnya di kapsyen.

Dalam video yang dikongsikan oleh pemilik jenama Jamu Ratu Malaya di Instagram miliknya itu, kelihatan seorang remaja berseorangan dalam bilik suluk (pengasingan) yang sedang berhalusinasi serta meracau.

Ustaz yang menjaga pusat pemulihan itu berkata remaja itu terkesan dengan dadah jenis itu sangat mudah didapati dengan harga serendah RM1.

Dalam pada itu, usahawan kosmetik itu turut berkongsi dia akan memberikan sumbangan sebanyak RM100K kepada pusat pemulihan akhlak tersebut.

Sumber: Instagram

.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article