“Merajuk tak kena tempat” – ‘Founder’ Memandu Kereta Secara Berbahaya, Netizen ‘Tag’ PDRM & JPJ

LocalCars
2 Mar 2026 • 12:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Tular sebuah rakaman video yang memaparkan gelagat seorang pengasas produk wanita yang bertindak luar kawalan ketika sedang memandu kereta jenis Toyota Supra. Dalam video yang diletakkan kapsyen “POV: merajuk gone wrong” itu, wanita berkenaan dilihat sengaja melepaskan tangan daripada stereng kenderaan dalam keadaan kereta sedang bergerak laju di jalan raya.

Aksi tersebut dilakukan sebagai tanda “protes” atau merajuk terhadap lelaki di sebelah yang sedang merakam, dipercayai suaminya. Walaupun lelaki tersebut cuba memujuk dan mengatakan dia hanya bergurau, pengasas produk itu tetap berkeras mendiamkan diri sambil memeluk tubuh tanpa memegang stereng.

Keadaan menjadi cemas apabila kereta tersebut mula hilang kawalan dan hampir melanggar kenderaan lain di hadapan serta pembahagi jalan. Lelaki di sebelah yang menyedari risiko tersebut mula menjerit ketakutan melihat kereta kesayangannya hampir hancur.

Walaupun video tersebut mungkin sekadar content media sosial atau sekadar gurauan suami isteri, namun tindakan melepaskan stereng ketika memandu dianggap sebagai perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Netizen rata-ratanya mengecam aksi tersebut serta tag pihak berkuasa seperti JPJ dan PDRM kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa mereka berdua, malah boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

image is not available

Secara ringkasnya, memandu secara berbahaya di Malaysia dikawal di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, di mana pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 bagi kesalahan pertama.

Selain itu, pesalah akan hilang kelayakan memegang lesen memandu (gantung lesen) selama sekurang-kurangnya 5 tahun, dan hukuman akan menjadi jauh lebih berat sekiranya pemanduan tersebut menyebabkan kecederaan atau kematian kepada orang lain.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.