“Merangkak la cari saya di akhirat” – Nama Dipetik Netizen, Awie Nafi ‘Serang’ Shila Amzah

Entertainment
11 Jul 2025 • 4:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, penyanyi Shila Amzah mendakwa telah ‘diserang’ oleh seorang penyanyi legenda sehingga membuatkan dirinya mengalami kebimbangan melampau atau anxiety.

Menurut laporan, Shila mendakwa dia telah diherdik secara kuat di hadapan orang ramai secara tiba-tiba ketika membuat persembahan ketika sesi latihan sebuah konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Rentetan itu, beberapa nama artis senior mula menjadi sebutan netizen yang turut membuat persembahan pada konsert yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur malam ini.

Awie nafi ‘serang’ Shila Amzah

Penyanyi rock tanah air, Dato’ Awie mengakui terkejut apabila mengetahui namanya dipetik sebagai individu yang menyerang Shila.

Awie atau nama penuhnya Ahmad Azhar bin Othman bagaimanapun menafikan dakwaan terbabit kerana beliau sendiri tidak pernah bercakap dengan penyanyi itu dan tiada di tempat kejadian semalam.

image is not available

“Saya bercakap dengan Shila Amzah pun tidak pernah. Saya tidak tahu mengenai perkara ini. Untuk apa saya nak menyerang dia (Shila)?” katanya.

Awie juga mempersoal tindakan netizen yang sesuka hati menuduhnya dan menegaskan agar jangan menimbulkan fitnah.

“Maaf ini semua salah faham, kenapa netizen petik nama saya pun tak tahu. Konsert itu berlangsung esok (malam ini) dan sekarang ni saya berada di Finas untuk sesi lantikan watikah, jadi kenapa tuduh saya?

“Merangkak la cari saya di akhirat nanti, fitnah tu dosa besar jangan main sebut saja,” katanya.

Difahamkan, Shila Amzah juga telah membuat satu laporan polis mengenai insiden itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.