Meraung Kesakitan, Budak Palestin Tenang Selepas Dengar Surah Al-Fatihah

18 Oct 2023 • 12:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang budak Palestin dipujuk dengan alunan surah Al-Fatihah ketika menahan kesakitan selepas negaranya diserang oleh tentera Israel.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Tentang Jiwa di laman TikToknya, seorang kanak-kanak Palestin yang bernama Hamza Mahmoud Malaka menangis akibat menahan kesakitan yang dialaminya.

Difahamkan, Hamza yang baru sahaja berusia dua tahun terselamat selepas ibu bapanya syahid dalam serangan udara dari rejim zionis.

@tentang.jiwa

Seorang bayi palestine, Hamza Mahmoud Malaka (2 tahun) yang merupakan mangsa yang selamat selepas Ibu Bapanya Syahid dalam serangan udara dari rejim Zionis laknatuallah Telah pun ditenangkan oleh, Saleh Aljafarawi dengan alunan surah al-Fatihah.. Allahu Akhbar. #prayforpalestine #fyp #pejuangislam #Umatislam

♬ original sound – TentangJiwa – TentangJiwa

Bagaimanapun, Hamza kembali tenang selepas dipujuk oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Saleh Aljafarawi dengan alunan surah al-Fatihah.

Netizen sebak, sayu hati

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak terhadap nasib malang yang menimpa Hamza yang tidak dapat menikmati zaman kanak-kanaknya seperti orang lain.

image is not available
image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada yang nak jaga Hamza

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen meluahkan keinginan menjaga Hamza sehingga dewasa namun, impian tersebut sudah semestinya tidak dapat dicapai.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar saudara Islam disana yang sedang berjuang mempertahankan tanah mereka daripada terus dikuasai Israel sentiasa dilindungi selalu dan berharap kemenangan berpihak kepada mereka.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Tentang Jiwa