[VIDEO] Budak Tercampak Keluar Dari Kereta, Parents Pleaselah Alert!

18 Oct 2023 • 2:09 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Baru-baru ini, telah tular satu video yang menunjukkan kejadian cemas di mana seorang kanak-kanak didapati tercampak keluar dari kereta yang dinaikinya.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Anis Farihah, kejadian tersebut berlaku ketika kenderaan yang dinaiki sedang membuat pusingan U di sebuah jalanraya.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Kota Bharu itu disyaki berpunca daripada kecuaian pemandu yang tidak mengunci pintu di bahagian penumpang belakang sehingga mengakibatkan kanak-kanak terbabit tercampak keluar. Lebih teruk lagi apabila kanak-kanak tersebut kemudian dirempuh dua kenderaan lain yang gagal menekan brek.

Pada masa yang sama, beberapa penunggang motosikal yang menyedari kejadian itu telah datang membantu kanak-kanak tersebut. Memandangkan mangsa dilihat masih boleh berdiri dan berjalan ke arah penunggang motosikal yang membantunya, berkemungkinan mangsa hanya mengalami kecedaraan ringan.

Sumber: TikTok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved