Mercedes-Benz 450 Terbakar, Mujur Pemandu Selamat Tapi Buat Hal

LocalCars
16 Dec 2024 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebuah kereta Mercedes-Benz 450 yang terbakar di Kilometer 18 Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE) sebelum Plaza Tol Wangsa Maju semalam rupa-rupanya pemandunya terlibat dalam kes langgar lari sebuah motosikal.

Memetik laporan Astro Awani, kakak mangsa yang dikenali sebagai Syahrizah Saini mengesahkan adiknya dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

image is not available

"Mukanya cedera teruk, berdarah tidak berhenti. Doktor telah beri dia (mangsa) makan pil untuk memberhentikan pendarahan.

"Buat masa ini mangsa berada dalam keadaan tidak stabil dan mengalami masalah ingatan,” kata Syahrizah.

Tambah Syahrizah, suspek telah menyerahkan diri kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lebih lanjut berkenaan insiden tersebut.

Sementara itu, Komander Operasi, PBK II Nor Saiful Ibrahim, kebakaran terbabit telah mengakibatkan kereta itu musnah sepenuhnya.

“Kebakaran berlaku dibahagian enjin terbakar 100 peratus. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Buat masa ini, punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik.