Mercedes-Benz Jalin Kerjasama Demi Menyediakan Pengecas EV Untuk Pelanggan

LocalTechnology
29 Nov 2024 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengumumkan kerjasama dengan beberapa hotel dan kelab golf supaya para pelanggan mereka mudah mengakses rangkaian pengecas elektrik.

Inisiatif itu diperluaskan dengan hasil kerjasama pihak Shangri-La Rasa Sayang dan Marriott Hotel di Pulau Pinang, The RuMa Hotel & Residences dan Saujana Golf & Country Club di Kuala Lumpur dan Anantara Desaru Coast Resort & Villas di Johor.

image is not availableimage is not available

Malah, MBM turut memeterai kerjasama dengan pengendali pusat mengecas (CPO) seperti EV Connection (JomCharge), ChargeEV, dan Gentari, dalam membangunkan infrastruktur pengecasan EV yang lebih cekap di seluruh negara.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MBM, Amanda Zhang berkata, pihaknya sentiasa berada di barisan hadapan dalam mengembangkan masa depan mobiliti.

image is not available

“Strategi jangka masa panjang kami bukan sahaja untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses, tetapi memperbaiki setiap bahagian yang dihadapi pelanggan sepanjang perjalanan.

“Kerjasama ini menunjukkan komitmen kami ke arah kelestarian dan inovasi,” katanya.