Mercedes-Benz perbanyak pengecas EV di lokasi-lokasi berprestij seluruh Malaysia

LocalTechnology
28 Nov 2024 • 7:15 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menguar-uarkan kerjasama mereka dengan operator hotel mewah, padang golf, dan titik pengecas (CPO) untuk memperbanyak lokasi-lokasi pengecas EV di seluruh negara.

image is not available

Antara lokasi-lokasi berprestij menjalinkan kerjasama dengan MBM adalah seperti:

  • Pulau Pinang – Shangri-La Rasa Sayang, Marriott Hotel
  • Kuala Lumpur – The RuMa Hotel & Residences, Saujana Golf & Country Club
  • Johor – Anantara Desaru Coast Resort & Villas

image is not available

Pemilik-pemilik EV Mercedes-Benz boleh dapatkan layanan istimewa dan ekslusif apabila mereka pamerkan kad ataupun aplikasi Mercedes-Benza apabila mereka mendaftar masuk ke mana-mana lokasi ini.

image is not available

Pendekatan multisaluran Mercedes-Benz penuhi permintaan titik pengecas EV

Kerjasama dengan pengendali pusat peranginan adalah salah satu daripada tiga saluran pendekatan yang dirangka Mercedes-Benz bagi memenuhi permintaan titik pengecas EV pengguna mareka.

image is not available

Tiga saluran tersebut adalah:

  • Charge@Public: Pengecas EV di hotel, resport, dan lapangan golf
  • Charge@Retail: Pengecas EV di pusat pameran dan pusat servis Mercedes-Benz
  • Charge@Home: Pengecas jenis wallbox untuk kegunaan kediaman

Bagi merealisasikan gagasan tersebut, Mercedes-Benz bekerjasama dengan CPO utama negara seperti EV Connection (JomCharge), ChargeEV, dan Gentari.

Mercedes-Benz adalah jenama yang paling banyak tawarkan model EV dalam pelbagai kategori.