Mercu Tanda Baru Di Serian, Netizen Terhibur Lihat Replika Kerbau ‘Beliang’ Ini

4 Mar 2023 • 12:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Comel je replika kerbau ni!

Mercu Tanda Baru Di Serian, Netizen Terhibur Lihat Replika Kerbau ‘Beliang’ Ini. Tidak jauh dari Bandaraya Kuching, Serian merupaka salah satu bandar di Sarawak yang mempunyai pelbagai tarikan menarik dan hasil tanaman kebun yang banyak.

Baru-baru ini, nama Serian kerap muncul di media sosial. Buat anda yang tertinggal bas diluar sana semalam, sebuah gambar replika Kerbau di Serian telah tular.

image is not available
Mercu Tanda Baru Di Serian, Netizen Terhibur Lihat Replika Kerbau ‘Beliang’ Ini.

Kerbau tersebut seolah-olah terperanjat melihat sesuatu

Ini kerana replika tersebut kelihatan aneh dan telah mencuri perhatian para netizen. Jika anda melihat gambar tersebut anda akan melihat Kerbau itu kelihatan ‘beliang’ melihat sesuatu.

‘Beliang’ adalah perkataan dalam bahasa Sarawak di mana ia membawa maksud terkejut atau terperanjat. Dalam konsep beliang ini, ia bermaksud ekspresi replika Kerbau tersebut kelihatan terkejut melihat sesuatu.

image is not available
Sumber foto: FB Amazing Sarawak

Warganet pula terhibur meliaht kejadian ini

Warganet di luar sana rata-ratanya berasa terhibur melihat gambar lucu replika Kerbau di Serian tersebut sehingga ada beberapa memes yang telah dibuat.

Kalau anda ingin melihat replika Kerbau terkejut ini, anda boleh ke Serian tau. Pemanduan dari Kuching ke Serian hanya 60 km sahaja.

Jangan lupa kalau dah ambil gambar dengan kerbau comel ni kongsikan lah untuk orang ramai agar kita semua boleh tersenyum melihatnya!

Ini tempat menarik di Serian yang anda perlu lawati: