Petah Berbahasa Iban, Video TikTok Paderi Dari Luar Negara Ini Buat Netizen Kagum

1 Mar 2023 • 4:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Paderi dari luar negara fasih berbahasa Iban di Sarawak.

Petah Berbahasa Iban, Video TikTok Paderi Dari Luar Negara Ini Buat Netizen Kagum. Sebuah video dikongsi oleh seorang pengguna di TikTok baru-baru ini telah tular dan mendapat perhatian daripada netizen terutamanya di Sarawak.

Dalam video dengan tontonan 92.7K (setakat artikel ini ditulis) di TikTok tersebut seorang paderi dari luar negara telah berdakwah dengan menggunakan bahasa Iban. Paderi tersebut petah dan fasih berbahasa Iban sehingga membuatkan orang ramai kagum dengan kebolehannya itu.

image is not available
Petah Berbahasa Iban, Video TikTok Paderi Dari Luar Negara Ini Buat Netizen Kagum. Gambar Tangkap layar dari TikTok @kjr_kayagio

Berdakwah di Rumah Janteng, Sungai Arip di Selangau

Paderi yang dikenali sebagai Father Oniz dari gereja St. Charles tersebut sedang berdakwah dengan penduduk di Rumah Janteng, Sungai Arip di Selangau, Sarawak.

Bukan sekadar fasih bahasa Iban, Father Oniz juga petah bertutur di dalam dialek tersebut walaupun berlainan bangsa. Untuk pengetahuan, orang Sarawak (selain daripada orang Iban) sendiri ramai yang tidak boleh bertutur lancar dalam bahasa Iban ini.

image is not available
Gambar Tangkap layar dari TikTok @kjr_kayagio

image is not available
Gambar Tangkap layar dari TikTok @kjr_kayagio

image is not available
Gambar Tangkap layar dari TikTok @kjr_kayagio

Netizen rata-ratanya berasa kagum

Menjengah ke ruangan komen, netizen rata-ratanya meninggalkan kata-kata yang berbentuk pujian dan berasa kagum akan kebolehan Father Oniz.

Memang terbaiklah Father Oniz, anda memang pandai berbahasa Iban. Lancar nuan jaku Iban!

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: