Mercun, bunga api bernilai RM90,000 dirampas, lelaki ditahan

LocalPolitics
8 Mar 2025 • 5:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA TERENGGANU, 8 MAC: Seorang lelaki ditahan kerana memiliki mercun dan bunga api dianggar bernilai RM90,000 di sebuah rumah di Taman Bestari, Kuala Nerus semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan dalam serbuan 3 petang.

“Pemeriksaan dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu menemukan 247 kotak mengandungi pelbagai mercun dan bunga api di rumah itu.

“Lelaki terbabit mengaku terlibat dalam perniagaan mercun, tetapi tidak pernah memiliki lesen atau mendapat permohonan daripada polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata lelaki itu yang memiliki enam rekod lampau berkaitan dadah mengaku membeli bekalan daripada pembekal di Selangor, Selasa lalu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved