
Berbaki kurang dari seminggu, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67!
Bulan Ogos ini sudah tentu merupakan hari istimewa buat orang ramai bagi menyambut perjuangan tokoh-tokoh negara dahulu bagi membawa kemerdekaan kepada tanah air tercinta.
Sambil-sambil mengenangkan sejarah dan mendalami semangat patriotik, banyak juga premis makanan yang tidak terlepas menawarkan promosi menarik buat orang ramai.
Premis Makanan Dengan Promosi & Hidangan Special Sempena Merdeka
Berikut adalah premis makanan yang menawarkan promosi dan menu menarik buat anda sepanjang bulan Ogos ini. Antaranya:
#1. Secret Recipe
Jenama kek kegemaran ramai, Secret Recipe tampil dengan promosi Merdeka iaitu diskaun sebanyak RM10 untuk pembelian mana-mana ‘Whole Cake’ selagi stok masih ada. Kod promo yang anda perlu sertakan bagi mendapatkan promosi ini adalah ILOVEMSIA.
Perlu diingatkan ia diskaun ini hanya terbuka untuk pick up sahaja dan bukannya pembelian secara walk-in. Ia boleh didapati di seluruh cawangan Secret Recipe yang menggunakan SRGO kecuali di pusat beli-belah AEON Taiping.
Promosi ini hanya sah dari 15 Ogos hingga 16 September sahaja.
#2. The Manhattan FISH MARKET
The Manhattan FISH MARKET juga tidak terlepas untuk menawarkan promosi Merdeka 2024. Anda boleh mendapatkan dua set menu The Manhattan Fish ‘N Chips Dory serendah RM 31.80 sahaja.
Diskaun ini hanya terhad pada hari Jumaat sahaja sepanjang bulan Ogos dari jam 11 pagi hingga 5 petang.
Selain itu, diskaun ini hanya terpakai untuk dine-in dan tersedia di seluruh cawangan The Manhattan FISH MARKET seluruh Malaysia.
#3. US Pizza Malaysia
Dah bosan makan hidangan nasi berlauk sahaja? Jangan lepaskan promosi yang ditawarkan oleh US Pizza Malaysia iaitu diskaun sebanyak 50% untuk setiap pembelian pizza ala carte. Kod promo untuk tawaran ini adalah MERDEKA.
Promosi khas untuk dine-in, take away atau penghantaran ini berlangsung sejak 1 hingga 31 Ogos ini. Sekiranya anda ingin mendapatkan tawaran itu secara dine-in, save hantaran ini dan tunjuk di kaunter pembayaran. Jangan tunggu lagi!
#4. Me’nate Steak Hub
Me’nate Steak Hub bukan sahaja tersedia dengan makanan barat sahaja. Khas bersempena Hari Kebangsaan 2024, mereka telah tampil dengan menu Merdeka Special Dulang Pertiwi 1957.
Dulang yang dipenuhi dengan makanan dan juadah klasik itu pasti akan menambat hati anda yang sukakan rasa masakan orang Melayu.
Dulang Pertiwi berharga RM140 itu mempunyai nasi beringin, kelapa parut, ayam percik Sri Menanti, sambal ikan bilis, gula Melaka, lempeng tepung, ibu kayu goreng dan banyak lagi.
Menu istimewa ini tersedia di seluruh cawangan Me’nate Steak Hub bermula 8 Ogos hingga 16 September.
#5. myNEWS Malaysia
Kepada anda yang gemar makanan ringan jangan lepaskan peluang untuk ke kedai serbaneka myNEWS Malaysia bagi mendapatkan promosi snek mereka pada bulan ini.
Antara snek yang boleh didapati adalah Donut Kacang Merah dengan diskaun 20%. Selain itu, segarkan hari anda juga dengan Maru Latte (sejuk/panas) dengan promosi ‘BELI 1, PERCUMA 1’.
#6. Auntie Anne’s Malaysia
Happy Stix Together daripada Auntie Anne’s Malaysia kembali sekali lagi. Difahamkan, menu khas ini sering ditawarkan bersempena dengan Hari Kemerdekaan pada setiap tahun.
Antara perisa Happy Stix Together yang anda boleh cuba adalah:
- Roselle Stix
- Cinnamon Sugar Stix
- Green Tea Stix
- Chocolate Mint Stix
- Sour Cream & Onion Stix
- Coffee Stix
Menu ini tersedia selagi mana stok masih ada sepanjang bulan Ogos dan September ini.
#7. Mr Churros
Mr Churros tampil dengan Set Single Edisi Merdeka dengan harga RM7 sahaja. Set itu disertakan dengan 8 keping Churros berserta dengan satu sos cicah percuma.
Apa yang lebih menariknya, mereka menyediakan sos dipping dengan perisa kegemaran ramai rakyat Malaysia iaitu Kopi Tarik Kaw. Menu istimewa ini bermula 3 Ogos hingga 30 September.
Dalam masa sama, anda juga boleh mengumpul 3 set pelekat tema Merdeka dengan pembelian 3 Set Single Edisi Merdeka.
#8. Mokky’s Pizza
Mokky’s Pizza & Coffee turut tidak terlepas untuk memberikan pelanggan mereka sedikit kelainan bersempena Hari Kemerdekaan dan juga Hari Malaysia yang akan menyusul.
Dua hidangan baru yang diperkenalkan adalah:
- The Kerabu Pizza: RM33 (12 inci)
- Tempeh Melt Sticks: RM19
Piza berperisa kerabu ini akan membuatkan anda terus teringat kepada Nasi Kerabu. Gabungan kesemua bahan termasuklah rasa sos ayam bakar percik pada piza ini sungguh sempurna.
Untuk Tempeh Melt Sticks pula, gabungan dengan sos cicah Sos Celup Bawang Karamel Pedas memang sedap tak terkata.
Anda boleh mendapatkan menu istimewa ini dari 28 Ogos hingga 16 September 2024 di kedua-dua cawangan Mokky’s Pizza bertempat di Bukit Tunku dan Bukit Jelutong.
Waktu operasi:
- Bukit Tunku: 11 am-10 pm (setiap hari)/ 3.30pm-10pm (Jumaat)
- Bukit Jelutong: 11 am-10 pm (setiap hari kecuali Khamis)/ 3.30pm-10pm (Jumaat)
#9. Gong Cha
Buat penggemar Gong Cha inilah masanya untuk anda mendapatkan tawaran hebat dari jenama ini iaitu diskaun sebanyak 67% bagi pembelian cawan kedua.
Pembelian ini hanya sah untuk walk-in sahaja dan tidak termasuk minuman smoothie dan minuman bermusim. Promosi ini hanya ditawarkan sehingga 31 O



