'Merdeka Unseen', Melihat Merdeka Dari Sisi Berbeza

29 Aug 2022 • 4:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kempen ‘Merdeka Unseen’ yang dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada asas penubuhan Malaysia - Gambar ihsan Ogilvy Public Relations

Sempena meraikan bulan kemerdekaan negara, Cadbury bersama agensi kreatifnya, Ogilvy telah menerbitkan kempen ‘Merdeka Unseen’ yang dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada asas penubuhan Malaysia, selain  memberi peluang kepada penonton untuk menghayati suatu detik sejarah yang penuh sentimental.

Suka atau pun tidak, generasi muda hari ini agak kurang penghayatan tentang kemerdekaan. Merdeka atau Hari Kebangsaan Malaysia, bahkan sejak kebelakangan ini, ia dilihat sekadar cuti umum atau hari untuk melakukan aktiviti yang diidamkan. 

Tahun ini, Cadbury dan Ogilvy berganding bahu untuk mencipta sebuah filem yang mendorong rakyat Malaysia melihat Merdeka dari sisi berbeza dan seterusnya mengubah cara mereka meraikan hari yang bermakna ini dalam sejarah Malaysia.

image is not available

Selama 65 tahun, topik Merdeka berkisar tentang ucapan ikonik Tunku Abdul Rahman. Ia dipelajari di sekolah dan dipaparkan dalam pelbagai kempen pengiklanan seluruh negara. Namun, merdeka sebenarnya lebih daripada sekadar ucapan tersebut. 

Melalui penggunaan teknologi, filem ini menghidupkan pelbagai detik simbolik yang berlaku pada hari bersejarah itu dan melaungkan semangat dan ertinya menjadi seorang warga Malaysia.

Berbanding filem-filem lain, filem ini menampilkan Johan, warga emas di sebuah  stadium yang menyaksikan tempat berlangsungnya  peristiwa bersejarah  pengumuman kemerdekaan negara pada tahun 1957. 

Beliau dibawa ke stadium itu untuk mengenang kembali pengalamannya sendiri apabila detik-detik yang sungguh bermakna itu dicipta semula. 

Apabila beliau berjalan sekitar stadium, segala  kenangan pada hari tersebut tercipta dan dihidupkan semula di tempat duduk, pada waktu sebenar. 

Melalui memori Johan tentang Hari Merdeka, filem ini berperanan sebagai ingatan bahawa sifat murah hati, adalah asas semangat rakyat Malaysia, sejak dulu lagi. Jika kita meluangkan masa dan meluaskan pandangan, di sekeliling kita sentiasa ada kebaikan.

image is not available

Sebagai jenama yang bertapak di Malaysia lebih 100 tahun, Cadbury Dairy Milk ingin menyerlahkan sisi Merdeka yang tidak pernah dilihat selama ini. Filem ini tidak berpusat pada naratif ucapan seorang tokoh, sebaliknya ia memfokuskan pada jutaan insan yang menyaksikan ucapan itu dan lebih lagi.

Ketua Pemasaran untuk Coklat, Asia Tenggara, Nikhil Nicholas memberitahu, pihaknya sentiasa berusaha untuk menyerlahkan sifat murah hati yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia dan Hari Merdeka ini adalah peluang terbaik. 

“Cadbury Dairy Milk sentiasa berusaha untuk menyerlahkan naluri murah hati yang wujud di kalangan kita dan Hari Merdeka ini adalah peluang terbaik. Ingatan Johan tentang hari bersejarah tersebut dihidupkan kembali menerusi filem terbabit,” katanya. 

Kempen ini berlangsung dari pertengahan Ogos hingga pertengahan September. Tonton filem utama di sini YouTube. - Getaran, 29 Ogos 2022