Pandan Buskers Merdeka fokus golongan muda

29 Aug 2022 • 2:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar Facebook Izham berkongsi hantaran PKM DUN Pandan Indah

SHAH ALAM - Pertandingan Pandan Buskers Merdeka anjuran Pusat khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah memberi lebih fokus kepada golongan muda sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65 tahun ini.

PKM DUN Pandan Indah dalam kenyataan menerusi Facebooknya memaklumkan, pertandingan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan itu bakal diadakan di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana pada 31 Ogos ini bermula jam 8.30 pagi.

“Berita baik untuk para pemuzik jalanan semua! Penggerak Belia Selangor (Pebs) Pandan Indah dengan kerjasama PKM DUN Pandan Indah akan menganjurkan Pertandingan Pandan Buskers sempena bulan kemerdekaan.

“Penyertaan adalah percuma. Hanya 10 peserta solo atau berkumpulan terawal nyanyian dua lagu dan keutamaan diberi kepada warga Pandan,” maklum PKM Pandan Indah di laman sosial itu, pada Isnin.

Tambah kenyataan itu, pemenang pertandingan sempena sambutan Hari Kemerdekaan bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 (juara); RM800 (naib juara); RM600 (tempat ketiga) dan RM400 (saguhati).

Dalam pada itu, ADUN Pandan Indah, Ir Izham Hashim turut berkongsi hantaran PKM DUN Pandan Indah itu dan mengajak orang ramai hadir bagi memeriahkan program dianjurkan pada Rabu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved