“Mereka Bercinta?” – Hubungan Jeon Somi & Jinyoung GOT7 Jadi Bualan Ramai

Music
4 Jun 2024 • 3:59 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Penampilan tak dijangka Jin-young GOT7 dalam video terkini Jeon So-mi telah menjadi bualan netizen.

Terbaru, Jeon So-mi telah memuat naik satu video di akaun media sosialnya. Namun, penampilan Jin-young GOT7 yang tidak dijangka telah mengejutkan peminat.

Di mana, peminat telah mendapati bahawa bahagian belakang sikat rambut yang dipegang oleh penyanyi wanita itu mempunyai pelekat dengan gambar Jin-young.

Banyak spekulasi mula timbul, terutamanya selepas mereka menyedari bahawa pelekat tersebut merupakan pelekat yang sama, digunakan semasa ahli GOT7 itu menjalani penggambaran drama “Devil Judge”.

Ada yang mendakwa bahawa kedua-duanya sedang bercinta, dan ada segelintir juga menyatakan bahawa ianya kerana kedua-dua penyanyi tersebut berkongsi penggaya rambut yang sama.

Komen mereka,

  • Tolong selamatkan Jin-young dari wanita ini.
  • Saya tak setuju kalau mereka bercinta.
  • Mungkin sebab penggaya rambut mereka orang yang sama?
  • Memang sengaja nak raih perhatian ke?
  • Kenapa saya nak kena kongsi idola saya dengan penyokong Israel?

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.