Tak Dapat Tahan Gelak, Reaksi Winter aespa Tentang Mesej Bang Sihyuk & Min Heejin Buat Netizen Terhibur

Music
28 May 2024 • 11:50 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Reaksi ahli aespa ketika ditanya mengenai isu bersama pengasas HYBE, Bang Si-hyuk telah menghiburkan netizen.

Terbaru, aespa telah mengadakan sidang media bagi album terbaru mereka, “Armaggedon” dan seorang wartawan telah bertanya sama ada mesej perbualan diantara Bang Si-hyuk dan Min Hee-jin mengenai aespa, memberikan tekanan kepada mereka.

Soalan tidak dijangka itu telah membuatkan salah seorang ahli aespa, iaitu Winter tidak dapat menahan tawanya sebelum membalas,

Daripada kami memikirkannya, saya akan anggap perkara tersebut sebagai petanda bahawa semuanya akan berjalan lancar buat kemunculan semula kami kali ini.

image is not available

Reaksi Winter terhadap soalan mengenai Bang Si-hyuk itu kemudiannya telah menjadi topik hangat dikalangan netizen di komuniti atas talian di Korea.

Komen netizen,

  • Kalau saya jadi dia pun saya ketawa.
  • Bang Si-hyuk mesti tengah rasa malu sangat kan sekarang?
  • aespa pun rasa yang perangai Bang Si-hyuk seperti budak-budak.
  • aespa tak terkesan langsung.
  • Macam mana mereka boleh tahan diri dari ketawa?

Apa pendapat korang tentang reaksi Winter?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.