“Mereka Datang Ketika Umat Islam Nak Sambut Ramadan” – PU Syed Bantah Sekerasnya Konsert BlackPink Mac Ini

Music
25 Jan 2023 • 2:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pendakwah selebriti terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed membantah sekeras-kerasnya kehadiran kumpulan penyanyi wanita Korea Selatan, Blackpink yang akan mengadakan konsert Born Pink World Tour pada 4 Mac 2023 ini.

Suara hati PU Syed itu dizahirkan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Kata PU Syed, konsert itu adalah satu acara program yang mengarut dan turut menyeru umat Islam di negara ini untuk memboikot kumpulan penyanyi itu daripada membuat persembahan kelak.

Mereka ini akan hadir ke Malaysia di kala Umat Islam sedang bersiap untuk menerima kedatangan Ramadan. Kami bantah dan menentang sekeras-kerasnya.

Sekat mereka dari hadir. Cukuplah maksiat bermaharajalela berleluasa berlaku. Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan PU Syed yang membantah penganjuran konsert Blackpink itu.

Cukuplah asyik berhibur je. Kat tv penuh hiburan. Kat luar hiburan juga. Apa nak jadi? Menakutkan. Bantah!!

Terdahulu, PU Syed pernah menyuarakan perkara yang sama ketika konsert anjuran Billie Ellish pada tahun 2022. Namun konsert berkenaan tetap dijalankan dengan kehadiran lebih 25,000 peminat yang telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

image is not available 1 minggu lalu

"Sangat Teruk!" - PU Syed Mohon FINAS Tapis Filem Pulau, Banyak Adegan Dan Pemakaian Terlalu Seksi