“Mereka faham penat cari rezeki” – 4 Beradik Rajin Tolong Kemas Barang Niaga Ayah Dari Van

Entertainment
28 Aug 2024 • 4:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memiliki anak yang rajin merupakan salah satu rezeki yang tak ternilai untuk ibu bapa.

Satu video perkongsian oleh seorang ibu @aslindadikinn di TikTok, memaparkan empat orang anaknya yang rajin membantu ayah mereka mengemas barang niaga.

Van sampai rumah, tolong angkat barang

Dalam video tersebut, kelihatan sebuah van yang baru sahaja sampai dan parkir di hadapan perkarangan rumah. Kemudian, datang empat orang adik-beradik dan terus membuka but dan pintu van sebelum mengangkat sedikit demi sedikit barang daripada van tersebut.

Lebih terharu, empat beradik itu masih remaja dan kecil malah mereka tidak mengeluh untuk melakukan kerja tersebut.

Anak lelaki yang mungkin berusia belasan tahun mengangkat barangan yang berat seperti tong gas, khemah, mesin generator dan bekas ais. Manakala anak yang kecil mengangkat barang-barang yang lebih ringan.

Perbuatan mereka berempat seolah-olah faham penat lelah kedua orang tua mencari rezeki sehingga waktu malam. Kesemua barangan tersebut kemudiannya diusung ke dalam rumah satu persatu.

Netizen puji mereka sangat rajin

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen memuji mereka berempat yang sangat rajin membantu ibu bapa yang penat berniaga.

image is not available image is not available

Salah seorang jiran yang tinggal di hadapan rumah turut memuji mereka yang rajin dan berbudi pekerti.

image is not available

Ada juga netizen yang turut berkongsi kenangan mereka membantu orang tua berniaga di pasar.

image is not available

Rajinnya semua!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article