“Mereka minta ‘buang’ saya” – Kim Seri Nak Bayar Hutang Tapi Terbatas Gara-gara Diboikot?

Entertainment
5 Feb 2025 • 1:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas apa yang menimpa pada dirinya, Kim Seri akui salahnya dan berazam untuk menyelesaikan semua hutang tertunggak. Oleh itu, dia memilih untuk melakukan kerja-kerja review, menjual barang dan berkolaborasi dengan pelbagai jenama produk untuk mendapatkan semula wang.

Namun begitu, nasibnya dikatakan agak malang apabila ada rintangan lain yang menimpa dirinya di mana banyak syarikat yang ingin bekerjasama dengannya menarik diri daripada menggunakan khidmatnya.

Tidak terhenti di situ, Kim Seri turut menyatakan bahawa dia terima pelbagai jenis ugutan. Menerusi IG Story miliknya, Kim Seri ada mendedahkan mesej ugutan yang mengancam untuk memboikot segala produk yang dia promosikan.

“Kerana itulah saya fikir saya tidak dapat buat TikTok Live buat masa ini kerana saya tak nak mereka yang ambil saya akan terbabit sama dengan masalah saya.”

image is not available image is not available

Ia membuatkan Kim Seri jadi buntu untuk menyelesaikan masalah dengan membayar segala hutang-hutangnya itu kerana niatnya untuk memperbaiki diri dihalang dengan segala ugutan dan boikot.

image is not available

image is not available

image is not available

Disebabkan itu, biarpun dia akui yang dia akan tanggung segala kesalahannya, tetapi Kim Seri bertekad untuk tidak berdiam diri dengan ugutan yang dia terima kerana ia melibatkan ahli keluarganya yang lain.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article