“Mereka Nampak Kebangangan Saya…” - Pablo Amirul Kongsi Cerita Pernah Jadi Anak Murid Kepada Farid Kamil & Bront Palarae

7 Oct 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon aksi, Pablo Amirul mendedahkan dia pernah menjadi anak murid kepada aktor Farid Kamil dan Bront Palarae kerana dirinya tidak mempunyai asas lakonan pada awal penglibatannya dalam dunia seni. 

Menurut video podcast ‘Isi Minyak Luu’, Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd. Sakri itu berkongsi bahawa dia terpilih untuk membawa watak sampingan yang membolehkan dirinya berlawan. 

Namun, disebabkan tidak mempunyai asas lakonan, Bront Palarae dan Farid Kamil cuba melatihnya untuk melakonkan watak tersebut.

“Pada mulanya saya tidak tahu filem apa yang saya bakal lakonkan. Kemudian, baru saya dapat tahu filem ini berjudul Anak Jantan dan pelakon utama dalam filem itu adalah Farid Kamil dan Bront Palarae. 

"Disebabkan saya memegang watak sampingan yang ada 32 babak.  Jadi, Bront Palarae dan Farid Kamil yang melihat kebangangan saya dalam lakonan boleh dibetulkan lagi. 


“Jadi, mereka latih saya dan jadikan saya sebagai anak murid mereka yang pertama,” katanya menerusi video podcast. 






image is not available





View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved