“Mereka tiada kebolehan hebat” – Hazeman Huzir Beri Pendapat Tentang ‘Kaki Kipas’ Bos Di Pejabat

Entertainment
11 Jan 2024 • 3:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila bercakap tentang ‘kaki kipas’, golongan ini memang wujud di tempat kerja. Mereka ini dianggap ‘anak emas bos’ sehingga diberi kelebihan seperti kenaikan pangkat dan gaji. Disebabkan itu, golongan seperti ini selalunya tidak disukai oleh pekerja yang lain.

Namun, tular di TikTok satu hantaran video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh media sosial iaitu Hazeman Huzir memberi pendapatnya mengenai ‘kaki kipas’.

Macam mana ‘kaki kipas’ boleh wujud?

Hazeman berkata, golongan ‘kaki kipas’ ini sendiri tahu mereka tidak boleh menjadi yang terbaik kerana tidak mempunyai kemahiran seperti pekerja lain. Oleh itu, mereka akan ‘mengipas’ orang atasan untuk kenaikan pangkat sedangkan orang yang betul-betul berkebolehan tidak ada masa untuk ‘mengipas’ majikan mereka.

Orang yang berkebolehan tinggi, dia tidak akan membuang masa untuk mengipas bos.. nak naik pangkat sebab skill dia sahaja mampu untuk menaikkan pangkat dia.

Tambah Hazeman, golongan seperti ini wujud kerana mereka sedar tidak boleh menjadi yang terbaik dalam bidang kemahiran yang ada.

Kenapa mereka wujud? Sebab merek atahu mereka tidak boleh jadi the best in their skill. Aku melihat orang yang mengipas bos ni adalah.. kasihan. Sebab engkau tak berapa bijak.

Hazeman pada ketika itu juga sedang berbuat dengan rakannya, Hanan, dia berkata,

Instead of kau invest time untuk upgrade skill kau, kau tak nak. Kau invest time untuk mengipas.

Kena ada skill yang irreplaceable

Dalam perbualan itu, Hanan berkata orang yang ‘mengipas’ ini tidak boleh dihalang tetapi ada cara lain untuk menjadi lebih baik daripada mereka.

Kalau kita berterusan jadi begitu.. maksudnya kita enabler. Kau menggalakkan lagi orang ni buat macam ni. That’s why sebenarnya kau kena ada aset dan skill yang irreplaceable (tidak boleh diganti).

Orang tahu, takde orang boleh hasilkan kerja sebaik kau. If you not there, dia orang yang rugi sebab kehilangan skill yang penting.

Hazeman menyimpulkan bahawa jika seseorang itu berkebolehan, orang atasan ‘tidak buta’ dan tahu siapa yang berkebolehan.

Di ruangan komen, ramai netizen memberi pendapat masing-masing tentang isu ‘kaki kipas’ dan ada yang dilema kerana dituduh mengampu majikan.

image is not available image is not available

Min setuju pendapat Haze dgn Hanan..

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.