Meriahkan Majlis Ilmu Bersama UAI, Zizan Dipuji Netizen

19 Aug 2022 • 4:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Semalam telah berlangsungnya konsert penyanyi terkenal dunia, Billie Ellish di Stadium Nasional Bukit Jalil. Siap ada yang beratur dari pagi tau, fuh semangat betul tu!

Dalam masa yang sama, korang tahu tak semalam juga berlangsungnya satu majlis agama iaitu Talk Show Anok Mude bersempena Karnival Penghayatan Islam di Kuala Terengganu. Haa mesti korang tak tahu kan?

Ustaz Azhar dan Zizan memeriahkan majlis

Dapat dilihat ramai pengunjung hadir ke majlis ilmu yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus sebagai penceramah utama.

Bukan itu sahaja, majlis ilmu tersebut turut dihadiri dan dimeriahkan dengan kehadiran pelakon dan pelawak, Zizan Razak.

Menerusi satu hantaran dimuatnaik Zizan, dia menitipkan rasa syukur dan gembiranya kerana berpeluang untuk menghadiri majlis ilmu tersebut yang dapat membantu menuju kearah kebaikan.

Alhamdulillah selesai sebuah majlis yang hebat. Satu perkongsian untuk kearah lebih baik dalam kehidupan kita. Sama sama kita mencari kemuliaan dari Allah. Allahuakbar.

Netizen tinggalkan pujian di ruangan komen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Zizan yang turut sama-sama memeriahkan majlis ilmu tersebut.

image is not available

image is not available

Kredit: Instagram zizanrazak869

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media