Merokok Di Restoran, Dr Dzulkefly Dedah Tok Mat Minta Sendiri Dikompaun KKM

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 11:18 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan menemui Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan atau biasa disapa Tok Mat untuk menyerahkan notis kesalahan selepas tular gambar beliau sedang merokok di sebuah restoran.

image is not available

Foto: Malaysian Business

Perkara itu dikongsikan Dr Dzulkefly menerusi platfrom X apabila mendedahkan pejabat Menteri Luar berkenaan sudah dimaklumkan tentang tindakan tersebut.

image is not available

“Jujurnya, YBM DS Muhammad Hassan sendiri minta KKM isukan kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar,” katanya.

Menteri Kesihatan turut menegaskan, tiada siapa yang akan terlepas daripada undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) jika merokok dalam restoran.

image is not available

Foto: X inciter

Dakwaan tersebut tersebar selepas gambar yang didakwa menunjukkan Tok Mat merokok di sebuah restoran dimuat naik ke akaun X @MsianInciter.

Akaun X yang mendedahkan isu tersebut turut memaparkan poster mengenai 28 tempat larangan merokok yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat terperinci seperti tarikh, masa dan nama restoran dikongsikan dalam hantaran tersebut.

Menteri Kesihatan berjanji Akta 852 yang berkuat kuasa sejak 1 Oktober lalu akan dilaksanakan tanpa sebarang diskriminasi.