Tok Mat Akan Diberi Notis Kesalahan, Kompaun – Dzulkefly Ahmad

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 1:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tok Mat Akan Diberi Notis Kesalahan, Kompaun – Dzulkefly Ahmad

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bakal menerima notis kesalahan serta kompaun susulan kesalahan merokok di kawasan larangan, menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban dijangka bertemu Mohamad atau Tok Mat pada hari ini bagi menyerahkan notis dan kompaun tersebut.

“Perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak Menteri Luar,” katanya dalam satu kenyataan di laman X.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa Tok Mat sendiri yang meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengeluarkan kompaun atas kesalahan itu.

“Beliau menyatakan bahawa kompaun tersebut akan dijelaskan,” tambahnya lagi.

https://x.com/DrDzul/status/1869178279690911824?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1869178279690911824%7Ctwgr%5Eec157ccedf7b6d56d979577d7506d8f14b59a3e7%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-malaysia%2Fmenteri-kesihatan-sahkan-tok-mat-akan-dikenakan-kompaun-kesalahan-merokok-di-restoran-501113&fbclid=IwY2xjawHPJ3pleHRuA2FlbQIxMAABHb_j4rCWSviXB0xlqIwvu1kQ9zpk-aop5U-jeJArqJWQ7w-ZJJe5FJfrgQ_aem_MZk-NOOYDqbL7YBv52hkzw

Terdahulu, gambar Tok Mat dipercayai sedang memegang rokok bersama beberapa individu lain tular di media sosial.

Gambar itu turut disertakan dengan poster KKM yang menyenaraikan 28 kawasan larangan merokok.

Isu terbabit pantas mendapat perhatian, dengan Dzulkefly menegaskan bahawa tiada individu yang boleh mengatasi undang-undang.

“Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam, 2024) berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa ‘Tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang’ (No one is above the law),” ujarnya.

https://x.com/DrDzul/status/1868661936029925568