Merungut harga sayur mahal di Mekah, netizen minta Aliff Syukri fokus ibadah

2 Jul 2023 • 12:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan kontroversi, Dato’ Seri Aliff Syukri yang sedang mengerjakan ibadah haji ketika ini dilihat kerap berkongsi keadaannya disana.

Harga sayur mahal sangat

Terbaru, dia telah memuat naik video keluhannya terhadap harga sayur dan barangan dapur yang agak mahal. Ujarnya, peniaga-peniaga di Azaziah seakan menaikkan harga barangan tiga hingga lima kali lipat sehingga mencecah ratusan ringgit jika ditukarkan ke nilai matawang Malaysia.

Harga teksi pun mahal

Dia juga menyatakan harga pengangkutan awam seperti teksi juga begitu mahal lebih-lebih lagi ketika musim haji. Biasanya, dia hanya membayar 10 riyal sahaja, namun ketika haji terpaksa membayar 200 riyal.

Perkara tersebut sudah tentu memberi tekanan kepada mereka yang datang tanpa membawa wang tambahan dan hanya mengharapkan dari agensi sahaja sehingga perlu mengikat perut.

 

Niat haji dah lari tu

Walau bagaimanapun, perkongsian daripada usahawan itu telah mendapat kritikan daripada sesetengah netizen yang merasakan dia banyak merungut sepanjang mengerjakan haji.

Ada yang mengatakan dia banyak bercakap mengenai harga mahal, namun tidak pula ‘bising’ ketika masuk ke kedai berjenama mewah.

image is not available

Tak baik asyik merungut saja

image is not availableMasuk butik LV tak complain pula

image is not available

Baik fokus buat ibadah Dato’

image is not available

Ambil positif apa yang nak disampaikan

Namun begitu, ramai juga yang setuju dengan apa yang diluahkan Aliff Syukri kerana memahami apa yang ingin disampaikan.

Mereka juga meminta agar netizen mengambil positif perkongsian yang dibuat usahawan itu kerana ia sangat memberi kesan kepada jemaah yang datang tanpa membawa wang lebih kerana barang disana agak mahal

image is not available

Boleh jadi panduan untuk kita juga

image is not available

 

Sumber: Instagram Aliff Syukri