Mesin Melombong Helium-3 Di Permukaan Bulan Sedang Dibangunkan

TechnologySpace
4 Mar 2026 • 1:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita masih belum kembali ke permukaan bulan kerana Misi Artemis IV ditangguh ke paling awal 2028. Misi Artemis juga mempunyai fungsi sekunder menjadi langkah pertama manusia membina koloni selain di permukaan bumi dan oleh itu kenderaan bulan sedang dibangunkan oleh beberapa syarikat.

Astrolab adalah antara yang cuba memenangi tender menghasilkan kenderaan bulan untuk NASA. Kini Astrolab dan Interlune mengumumkan mereka juga sedang membangunkan kenderaan yang boleh digunakan untuk melombong di bulan.

image is not available

Bahan yang ingin dilombong ialah Helium-3 yang boleh dijadikan bahan api khsususnya untuk stesen janakuasa pelakuran nuklear masa depan. Astrolab akan membina prototaip kecil FLIP terlebih dahulu dan ia akan dihantar ke bulan bagi melihat sama ada jumlah Helium-3 berbaloi untuk dilombong. Interlune pula ingin mengekstrak isotop hidrogen ini daripada regolit bulan.

FLIP adalah sebesar go-kart dengan ia akan dilancarkan bulan tahun ini menggunakan kenderaan pendaratan Astrobotic Griffin. Kepekatan Helium-3 dalam regolit akan diukur menggunakan kamera multispektral. Kemudian kenderaan Flexible Logistics and Exploration (FLEX) yang sebesar van pula akan dibangunkan dengan ia mempunyai kapasiti 3 m³ muatan. Bahagian kargo akan membawa mesin melombong yang dibangunkan oleh Interlune.