Mesir di ambang kelayakan, Iran wajib menang

FootballSports
27 Jun 2026 • 7:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mesir di ambang kelayakan, Iran wajib menang
Kapten Iran, Mehdi Taremi melayan karenah penyokong tempatan di Tijuana, Mexico sebelum mereka bertolak ke Seattle untuk perlawanan menentang Mesir.

PERTEMBUNGAN antara Mesir dan Iran dalam Kumpulan G Piala Dunia hari ini (11 pagi waktu Malaysia) dijangka menjadi aksi penentu nasib kedua-dua pasukan ke pusingan kalah mati.

Mesir hadir dengan kelebihan selepas mengutip empat mata daripada dua perlawanan, termasuk kemenangan 3-1 ke atas New Zealand serta keputusan seri 1-1 menentang Belgium.

Keputusan itu meletakkan The Pharaohs di kedudukan terbaik kumpulan dan hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan tempat ke peringkat seterusnya.

Iran pula berada dalam situasi lebih genting apabila masih belum mencatat kemenangan selepas seri 2-2 dengan New Zealand dan 0-0 menentang Belgium.

Skuad kendalian Amir Ghalenoei itu perlu menang ke atas Mesir bagi memastikan peluang ke pusingan kalah mati tidak bergantung kepada keputusan lain.

Mesir akan digerakkan oleh kapten Mohamed Salah bersama Omar Marmoush, manakala Iran mengharapkan ketajaman Mehdi Taremi di barisan serangan.

Perlawanan dijangka seimbang dengan Mesir lebih menguasai permainan, manakala Iran mengharapkan disiplin bertahan dan serangan balas pantas untuk mencipta kejutan.

Dalam kumpulan sama, Belgium turut mengekalkan peluang, menjadikan setiap mata semakin kritikal menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved