Mesir Membatalkan Projek Restorasi Piramid Menkaure Selepas Dikecam

WorldTechnologyDigitalSpace
23 Feb 2024 • 6:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Awal bulan yang lalu, Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir mengumumkan perancangan membaik pulih piramid Menkaure yang terletak di Giza. Bahagian luar piramid ini akan dilitupi semula dengan bahan granit seperti asalnya beberapa ribu tahun yang lalu dengan projek ini akan memakan masa tiga tahun. Sejurus selepas pengumuman dilakukan, usah ini menerima kecaman daripada ahli arkeologi Mesir dan dunia.

image is not available

Semalam jurucakap Jawatankuasa Piramid Menkaure, Dr Zahi Hawass menegaskan pelan membaik pulih semula piramid dibatalkan selepas mendengar pendapat pelbagai pihak. Dr Hawass yang merupakan mantan Menteri Antikuiti Mesir berkata, beliau telah menerima ratusan mesej menggesa projek itu dibatalkan sejurus selepas ia diumumkan.

Menkaure ialah piramid yang unik kerana ia satu-satunya yang mempunyai permukaan luar yang diperbuat daripada granit. Piramid-piramid lain menggunakan bahan batu pasir. Pembinaan Menkaure tidak pernah disiapkan akibat kematian Firaun Menkaure pada tahun 2503 sebelum Masihi. Hanya 18 tingkat granit berjaya dipasang sebelum proses luluhawa menyebabkan hanya 7 dapat dilihat pada zaman sekarang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved